Friday, October 23, 2009

= future wishlist =

dr nik penah bagitau yg sekiranya kita hendak berjaya, kita mestilah target atau ada wishlist sbg pendorong utk berjaya. mmg ada kebenaran pada kata2 dr nik tue. 3 tahun lepas pOO penah target 'sesuatu'. dan alhamdulillah, skrg dh menjadi kenyataan dan jadi milik pOO. 

sekarang pOO dh ada wishlist bg tempoh 8 tahun dr skrg. kalau x dapat smua, satu pun jadi la :)



1. nissan muraNo

wiweet! amatla terpesona dgn nissan muraNo nie. pOO sekuarga mmg terpikat dgn keta nie. tp harganya menyamai dgn harga sebuah rumah teres. isk!



2. stAr crUise virgO



terhingin sangat nak naik crUise nie. dulu2 slalu nmpak kapal nie mendarat kat penang port. sgtla seronok tgk dr jauh. perjalanan dari s'pore ke phuket selama 7 hari 6 malam. ada gak pOO ushar2 utk honeymoon nnti. tp harga pakej utk crUise nie bermula dr USD 7xx ke USD3xxx/pax. jd, darabla dgn 3. aduh!


3. mAuritius

byk2 pantai kat dunia nie, pOO paling suke kat mAuritius. xtau la nape. mungkin pantai nie nmpk seksi kot ;) sgt teruja kalau jln berdua2an, berpegangan tangan menyusuri pantai nie dgn pasirnya yg gebu tue. sambil bercerita mengenai masa dpn. hee!
   

Sunday, October 18, 2009

= it's IKEAing time~! =


sgt la besh arini. td pas lunch dgn incek tunang, kami berdua x tahu nk ke mana. cuaca pn agak panas. jd pOO cubala naseb dgn mencadangkan utk ke IKEA (sdgkan dh jnji dgn cik wanda nk shoppin' bersama mggu dpn. hee~!). nampaknya tiada bantahan bila incek tunang kasik green lite. bukannya apa, incek tunang x berapa suke dgn keadaan yg bersesak2.




tp entah nape, dia bersetuju pulak arini (luv u la, bang~!. muahhh!). agak sesak jgk dari simpang mula masuk. parking pn agak penuh. tp disebabkan kereta pOO yg comey tue, akhirnya kam dpt gak  selit2 parking kat tepi2 tue. seb baik! :)






byk jgk perkakasan yg pOO + incek tunang survey utk brg2 umah kami nnti.  dari perabot ruang tamu, bilik tidur sehinggala ke dapur. segala bnda yg pOO berkenan, incek tunang pn berkenan. leganya! seb baik tiada perbalahan kat situ. hehehe! siap suh pOO bli time tue jgk. tp disebabkan keadaan kewangan yg agak goyah, terpaksala pOO lupakan seketika. tggula gaji jmaat nnti. akan ku tawan kembali IKEA nnti. trp kali nie bersama cik wanda pulak. hee~! till then.










= ying + yang ;) =

oh! genap 60 hari lagi pOO + incek tunang akan mendirikan rumahtangga bersama. agak tidak disangka-sangkakan. agak teruja sebenarnya. wee~! akhirnya setelah hampir 5 tahun kami berchenta2 + bergado2 + bersayang2, akhirnya pOO + incek tunang akan menyimpulkan hubungan ini dgn ikatan yg sah.


sebenarnya, incek tunang agak tidak sabar utk menamatkan zaman bujang. katanya, lepas nie, pOO x bleh marah2 kan dia lagi. pOO x blh degil2 lagi. seorang isteri mesti patuh pada suaminya. waa~! siannya kat incek tunang. terpaksa bersabar  selama 5 thn melayan karenah tunangannya yg agak degil + pemarah nie :) [ luv ue for dat, dear. muuuaahh! ] tp pasni, incek tunang terpaksa berhadapan dgn perangai pOO nie utk seumo hidup ;)



pOO + incek tunang punya 2 karektor yg agak berbeza.  incek tunang seorg yg slow + steady + sensitif + manja. pOO pula agak agresif + degil + agak baran. jgn salahkan pOO sbb baran, oke. salahkan zodiak kelahiran pOO, LEO! :) incek tunang merupakan anak tunggal. manakala pOO pula kakak kepada 2 org adik yg nakal. hee~ skrg smuanya dh jd baik2 belaka. jd, perlulah paham knp sikap pOO cam gitu . hoho!



wpun sering gado2 sampai penah mintak putus ( dlm tempoh pertunangan plak tue.isk ), tp akhrnya pOO + incek tunang dapat mengharungi segala dugaan + mampu bertahan sehinggalah ke tahap ini. mungkin disebabkan perbezaan yg ada pada kami berdua dapat menguatkan kasih sayang antara kami. senang cerite, positif memerlukan negatif utk neutral. mcm ying + yang. hee~ pOO harap rs sayang + chenta yg ada dalam diri kami berdua akn berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaallah.

Monday, October 12, 2009

= k i t c h e n =

td pOO just nyelak2 cari design yg simple tp eksklusif utk dapur pOO nnti. yg penting dapur tue mesti kalernya putih (wajib). ada beberapa yg jd inspirasi tp pOO x berapa nk pasti costnya. hee~!
















nota kaki : nmpk gaya mcm besar jerk on-costnya nnti =)

Wednesday, October 7, 2009

malam yang panas.

buhsan~!

nk tdo awal. sok keja.

Sunday, October 4, 2009

= checklist for wed's preparation =

1. Borang Nikah
2. Ujian HIV
3. Baju Kahwin
4. Kasut : sblh perempuan settled, pending utk mjlis sebelah lelaki
5. Kad kahwin : tggu & lihat jerk hasilnya nnti :)
6. Photographer
7. Make-up : booked@Jalinan Kasih since Feb
8. Dewan : booked by bapa
9. DJ : booked by bapa
10. Penginapan pihak lelaki : booked@Vistana
11. Henna : tbc
12. Honeymoon : tbc
13. Barang hantaran : gubah sendiri utk kedua2 pihak
14. Catering : settled
15. Door gifts : received cargo frm mama
16. Pelamin : hasil kerja Jalinan Kasih


Nota kaki : x mampu nk pk apa yg tertinggal lagik :)

Saturday, October 3, 2009

= open house =



sepanjang hari nie, pOO attend open house + majlis kesyukuran kat umah baru sister in law (s-i-l) to be, kak suni. hampir separuh dari family en fiance hadir utk majlis nie. niat hati mcm nk pegi lewat sbb x larat sgt nk bgn. maklumla hujung minggu. tp memandangkan cik wani (makcik en fiance yg 'rock') mntk tlg amik kuih yg ditempah kat precint 8, so, pOO pn gerak awal setelah dijemput olh en fiance. pOO ingtkan pOO dh terlambat, tp bila sampai sana, ahli kuarga yg lain masih berkain batik. hee~

setibanya pOO kat sana, semuanya dh disiapkan |baru nk tunjuk skill :)|. seb baik bibik cik wani ada utk menolong. sambil2 menunggu ketibaan para tetamu (ayat skema..), smpat lagi pOO belek2 surat khabar. yg beshnya, m-i-l to be + cik wani + bibik siap tertido2 lagik. sian! malam sblmnya msng2 tdo lwt, pastu kena bgn awl pg. seb baik jugakla pOO x 'tumbang' skali wpun diajak berkali2 olh cik wani. sbbnya dh pakai chantek2. malas nk berhias2 lg pastu =).

dr pukul 12 tgh sampaila pukul 6 ptg lebih, tetamu x putus2 dtg. seronoknya majlis keramaian mcm nie bila dpt tgk gelagat budak2 yg comey. gembira jerk rasanya bila lihat budak2 nie berlari2 naik turun tangga. mmg betul2 xdak masalah. kan bagus kalu pOO pn blh mcm tue jgk. ada budak2 yg malu2. ada yg peramah. ada yg menangis > nie yg x berapa besh.

oops. lupa plak nk citer pasal makanan. mmg tip-top makanan yg dihidangkan. ada nasi himpit + kuah kacang + nasi tomato + kari daging + ayam sambal + kuih tepung talam + seri muka yg sdp. semuanya home-made. dua kali pOO mkn sepanjang kat sana. mmg x dpt dinafikan kuarga sblh en fiance mmg pakar dlm bab masak-memasak nie > antara sbb pOO takut nk kwen sbb pOO hnya pndai wat makanan yg dpt dterima olh tekak pOO jerk ;). wpun diaorg asalnya dr pantai timur, tp makanan diaorg lebih kepada yg pedas2. no manis2. privilege for this. wee~!

malunya bila pOO diperkenalkan kpd tetamu yg dtg sbg s-i-l to be. rajin sungguh kak suni kenalkan. hik! pOO anggap ini sbg reherseal spy pOO dpt biasakan diri utk thn dpn :) oh Tuhan! 2 bulan lebih lagi sblm pOO menyertai kuarga en fiance dgn rasminya.

***********

Nota kaki :
atr kandungan msj yg dterima dr nisha '... u got award 4 best gse 4 da month of August! Congrats!..' > wee~!! award ke-2 bg tempoh 7 bulan bekerja.