Showing posts with label weds ;). Show all posts
Showing posts with label weds ;). Show all posts

Monday, November 23, 2009

= nape 18 ? =




ramai kenalan yg bertanyakan knp mjlis akad nikah + resepsi sy diadakan pd 18 Dis 09. sbb ramai yg tahu tarikh tue jatuh pd hari jumaat. tp antara sbb utama sy pilih tarikh tersebut ialah :
  • ramai yg x perasan tarikh 18 Dis bersamaan 1 Muharram bersamaan Tahun Baru Islam. dapat ambik berkat sambut Tahun Baru Islam dan raikan majls saya. two in one.  nampknya kenala includekan nk jd isteri solehah dlm azam tahun baru nnti, kan? ;)
  • it's public holiday. hooray! jd sy harapkan yang jauh dan dekat dpt meramaikan majlis sy nnti. bg yg jauh, dptla berehat pd ari sabtu dan ahad =)
  • semua hall yg ada kat penang dh fully-booked sinced last year. asalnya nk wat kecil2an jerk. tp berita nie dh tersebar luas di kalangan kwn bapak. terpaksala jemput semua. the best place nk kumpul semua ialah kat dewan. tp this is the last place + date yg ada. rupanya ramai gak yg wat majlis on dis date. isk.
  • nk jadi lain dari yg lain sket :) since it's fall on friday, so majlis sy akn bermula dari jam 3 ptg sehingga 9 mlm. lunch cum dinner. pelik? hehehe!

Wednesday, November 18, 2009

= the countdown =

wiweett~!! 

angka countdown di atas makin hari makin berkurang. 
dan angkanya kurang dari 30.

itu menandakan hari bahagia i makin hampir.
dan hampir. 
dan hampir. 

gosh! sangat la neves oke. sblm nie incek tunang yg menggelabah.
tp skrg bila dh makin dekat harinya, i pulak yg gementar. 
incek tunang bleh slamber badak jerk. sdgkan dia yg nk akad nikah ngan tuk kadi tue. ish!

mcm2 dipikirkan. mcm2 dirancangkan. mcm2 diaturkan.
smpaikan dlm tido pun otak maseh berjalan dgn lancar.
utk final exam pn otak x ligat camnie. hee!

sgt takut kalu majlis x berjalan dgn lancar nnti.
i siap delegate tugas kat semua org. 
ada yg kata i nie perfectionist. dan ada yg kata terlalu cerewet.

yes i do!
setiap apa yg i wat i nak smuanya perfect. it's my wedding,duh!

tambah2 majlis yg akn i hadapi sekali dlm seumo hidup. insyaallah.
owh! harap2 smuanya akan berjalan dgn lancar nnti. itu yg terpenting.




Monday, November 16, 2009

= dugaan bertunang =



benar kata org tua2. dugaan sewaktu bertunang nie memang benar2 besar.  kalau hubungan dan kesabaran x kuat, blh terkandas kat tengah jalan. antara dugaan yg i alami sepanjang tempoh pertunangan nie ialah :



  1. masing2 menjadi terlalu sensitif. yang peliknya, sblm nie x penah pulak nk sensitif, xdela pulak nk terasa ati. tp semakin dekat dgn ari nikah, sensitivitinya makin bertambah. apatah lagi dgn sikap i nie. cepat benar terasa ati skrg. haisshh! seb baik incek tunang sedia memujuk walaupun si dia tengah merajuk. hee~
  2. kerap kali bergado2. ish! nie satu lagi hal yg memeningkan kepala. benda2 kecik pun nk berperang. sdgkan sblm nie blh pulak berbincang elok2. bayangkanla sampai nk pegi makan malam pun leh bergado.  sbbnya dua2 x tau nk mkn kat mana.  pastu mulalah yg sorang nie suh wat keputusan. dan yg sorang lagi suh sorang tue wat keputusan. blh ke sampai mcm tue??? isk.
  3. makin kerap nk jumpa. walaupun org tua2 suh pantang 40 ari sblm akad nikah x blh berjumpa, lain pulak dgn incek tunang yg dh menjadi satu kewajipan utk berjumpa walaupun seketika. kdg2 jumpa sekadar makan aiskrim jerk. dan kebanyakan masanya mesti bergado. adeh! gado lagi..
  4. keadaan kewangan yang goyah ala2 nk tumbang gitu. walaupun kedua2 kami bekerja, namun gaji yg diterima tiap2 bulan tetap x cukup. tambah2 bila tarikh majlis makin dekat. x taula ke mana semua duit tue pegi. lajunya mengalir mcm air paip yg bocor. hmm..
  5. bercanggah pendapat. slalunya bila dh bertunang, semua keputusan akn dibincangkan terlebih dahulu. tp x smua pendapat i yg incek tunang blh terima. begitu juga sebaliknya. apatah lagi hal berkaitan dgn majlis kami. setelah gedebuk-gedebak, gado2, x tido malam, berendam air mata, kami pun sepakat. incek tunang akan ikut cara i utk majlis pihak i dan i akn ikut idea dia utk majlis sebelah sana. bereh deh! ;)
  6. gangguan dari anasir/pihak ketiga. hal ini x la terasa sgt skrg walaupun ada yg berniat nk wat begitu. lebih hebat gangguannya sblm bertunang dan di awal pertunangan. sgt la pelik. seb baik dua2 dh dpt pikir dgn matang =) thanks abg sbb dpt menahan diri dari godaaannn
    kat luar. hahaha!

Saturday, November 14, 2009

= penyakit ujung taun :) =

cepatnya masa berlalu. i tgh menghitung ari jerk.
byk lagi perkara yg perlu disetelkan dlm tempoh masa sebulan.
tp spt biasa, penyakit malas selalu menyerang ujung taun mcm nie.
malas nk keja, malas nk itu, malas nk ini. apatah lagi nk siapkan brg kwen. 
senang cerite serba serbinya malas. hee~

haishhhhh!!
kalu ini la al-kisahnya, kena kawen koboi la jawabnya :p

abis smua brg x siap lg. isk!

i kena mencari penawar utk penyakit nie sblm ianya melarat. 






notakaki : sonok nk kawen tp malas nk wat apa2. penyakit gak nie. oh! i dgn malas mmg x dpt dipisahkan lagi.

Sunday, November 8, 2009

= wed : list-to-do =



wah! baru i perasan byk yg i kena wat utk wed lepas final exam nie.
  • siapkan gubahan bekas hantaran yg baru siap separuh. adeh!
  • poskan kad2 hantaran. yg dekat akan dihantar by hand a.s.a.p.
  • balik penang utk fitting reception dress. sangat neves. takut ketat! oh!
  • kene g sevey lagi cincin utk kami berdua. bila la Habib nk sale nie? hmmm.
  • cari umah sewa utk seketika. lawyer + pihak bank cakap duit akn di-drawdown within 3 months. lebih kurang early atau end of Jan baru i leh dapat kunci umah. xsukenya kena pindah2 byk kali.uhh!
  • upah org yg nk wat henna. mama cakap x pyh wat majlis berinai sbb bukan adat kita :( mama suh g kedai atau suh org tue dtg wat kat umah. wat biasa2 jerk. x pyh majlis2.
  • tgh sevey2 tmpat spa. still thinking nk g atau x. x ada masa. dan yg btlnya ekonomi btl2 x stabil. x ada ke org nk sponsor? uwaa!
  • cari veil. tp x pasti lagi nk guna atau x. kena fitting dress. jumpa mak andam tanya pendapat. then baru leh tau perlukan veil atau x. nie kena wat last minit la nie. x suke!
  • cari kasut utk bertandang sebelah pihak lelaki. time nk kaler tue misti x jumpa. kang bila dh penat2 cari dan jmpa, time tue smua kedai akan jual warna yg sama. aishh!
  • kena wat oil-massage utk rambut yg semakin ari semakin kering. isk!
  • packing barang2 yg patut masuk dalam kotak. oh sedeynya! 
  • kena siapkan packing door gift. alamak! tag thank-u x siap lagi nie. 

notakaki : sudah! xnk listkan lagi. makin ngeri bila tgk list yg sedia ada nie. aisshhhh!








Thursday, November 5, 2009

= desperate. urghh! =





kring! kring! kring!



                 pOO :  helo. abg tgh wat apa?
                     incek tunang : tgh rindu kat syg (sambil ketawa). berapa ari lagi?

                     pOO : tggl 43 ari lagi...
                     incek tunang : x sabar nk tgk syg pakai baju kawen..
                     pOO : erk~!





Argghh~! mencinya bila pk pasal bj kawen. dh la bdn makin naik. wpun tailor cakap pOO nmpak susut tp pOO rasa x senang ati. takut nk tgk hasilnya pada majlis pOO nnti.  perasaan suke dan runsing bercampur aduk. pOO benar2 tak suka perasaan macam nie. menambahkan tekanan yg sedia ada. agaknya niela perasaan yg dirasai oleh setiap bakal pengantin. sabar jerk la~

                               

                                              

Sunday, October 4, 2009

= checklist for wed's preparation =

1. Borang Nikah
2. Ujian HIV
3. Baju Kahwin
4. Kasut : sblh perempuan settled, pending utk mjlis sebelah lelaki
5. Kad kahwin : tggu & lihat jerk hasilnya nnti :)
6. Photographer
7. Make-up : booked@Jalinan Kasih since Feb
8. Dewan : booked by bapa
9. DJ : booked by bapa
10. Penginapan pihak lelaki : booked@Vistana
11. Henna : tbc
12. Honeymoon : tbc
13. Barang hantaran : gubah sendiri utk kedua2 pihak
14. Catering : settled
15. Door gifts : received cargo frm mama
16. Pelamin : hasil kerja Jalinan Kasih


Nota kaki : x mampu nk pk apa yg tertinggal lagik :)

Wednesday, September 30, 2009

= Checklist Barang Hantaran =

Buat Si Teruna :
• Cincin > still searching for the best price < • Kemeja + Seluar • Jam Tangan • Kasut • Perfume > sponsor =) < • Wallet + Belt • Cuppy cakes > still thinking whether to bake@order < • Sebakul buah > day b4 the majlis < • Coklat > just grab a day@two b4 the majlis < • Sirih Junjung > mama arrangekan < • Al-Quran Buat Si Dara : • Al-Quran + Telekung • Cincin • Set Make-up • Beg tangan + purse • Jam Tangan • Perfume • Kasut • Coklat/Buah > mr fiance ask me 2 decide. hmm <
• Baju Kurung



Nota kaki : penatnye nk kwen O_o

Monday, August 3, 2009

preparation

td pOO belek2 majalah Pengantin. ntah kenapa sejak kebelakangan nie pOO rs majalah tue dh jd satu kemestian utk ditatap. byk info yg pOO dpt dr majalah tue. wpun kdg2 petua2 yg diberikan tue agak mustahil utk pOO penuhi. kebanyakan utk golongan berada, x bersesuaian bg pOO yg sederhana jerk dr segi kewangannya =).

pOO tertarik benar dgn satu topik 'Persiapan Menjelang Hari Bahagia'.. rupa2nya, persiapan nie dh kena mula 6 bln sblm majlis tersebut. bkn shj dr segi material, tp jg dr segi fizikal & mental. nie adalah sebahagian drpd petua yg diberikan :

Enam bulan sebelum perkahwinan
  1. pilihan solekan & dandanan rambut - solekan dah setel. dh dibooking. rmbut? penjagaan basic jerk kot sbb pOO akn bertudung nnti. cumanya, fesyen tudung yg bersesuaian jerk yg masih belum jumpa.
  2. bertemu pakar kecantikan - mcm x cukup jerk on-costnya :) mungkin wat a few facial b4 my wedding nnti.
  3. mantapkan tubuhmu - hah! nie la yg paling x berkenan di ati. ntah knp, nafsu makan semakin membuak2 kebelakangan nie. bdn pn mcm dh dipam2. cb gak nk try escape meal, tp tb2 jerk sakit perut menyeragla, gastrikla, nk muntah la... hangin betul!grr!!
  4. rapi gigi - hahaha. mcm tau2 jerk. skrg nie pOO diserang sakit gigi yg keterlaluan. last month dh jmpa dentist. dia bg warning yg pOO kena tanggalkan gigi geraham kat belakang tue dlm tempoh 3 bulan. knp la time tggl 4 bln nk kwen nie baru nk kena cabut? sigh!
petua yg lain2 tue x blh nk dipraktikkan lagi. masih terlalu awl. kang org ln ckp over plak. hahaha. itu preparation dr segi fizikal. skrg, cuma ada a few minor problem utk preparation material.

  1. tgh pening memikirkan gubahan utk hantaran. ada a few yg pOO berkenan di hati. masalahnya cuma mama berkenan @ x. and sapa yg capable nk wat semua tue. tuela pOO.. nk keterlaluan sgt. padan muka!
  2. stail/gaya nk pakai tudung nnti. sshnya bila ada muka bulat nie. cntik jerk tgk kwn2 yg dh kwen pakai tudung. terbentuk lawa jerk. tp yg mana pOO berkenan, pOO dh sambar pn. ngehngehngeh! nnti mix n match jerk. tp bila pk2 balik, nnti kalu yg x guna nk wat apa plak?duh!!!
  3. veil yg bersesuaian. wat masa skrg, xjmpa lagi :( tp x pasti samada pOO nk pakai atau x. sbb nk kena tggu bj siap dl. br blh cr yg sepadan & bersesuaian.
  4. kad kawen. hah! nie lg satu masalahnya. masih terpk2 designnya.kejap pOO nk mcm tue. kejap pOO nk mcm nie. pusing!pusing!
peningnya kepala. rupanya nk kwen pn ssh gak ek. hahaha!